Ya, Jawatankuasa Perubatan menyediakan kit pertolongan cemas (first aid kit) sahaja untuk warga universiti. Anda digalakkan untuk menyimpan kit pertolongan cemas peribadi yang mengandungi ubat-ubatan asas, pembalut luka, antiseptik, dan barang keperluan lain bagi menghadapi situasi kecemasan perubatan semasa banjir.
Sekiranya kediaman pelajar di luar kampus dinaiki air disebabkan banjir, penempatan sementara adalah di lokasi berikut:
Sekiranya kediaman pelajar di luar kampus dinaiki air disebabkan banjir, hubungi segera hotline banjir mengikut kampus masing-masing iaitu:
Penempatan yang cukup dan selesa untuk menampung jumlah mangsa banjir akan disediakan mengikut keperluan semasa.
Kemudahan asas disediakan untuk keselesaan dan keselamatan mangsa sepanjang penempatan mereka di penempatan sementara.
Ruang khas disediakan sekiranya rumah pelajar di luar kampus/OKU dinaiki air disebabkan banjir.
Sistem pengedaran makanan dan air yang mencukupi dan selamat untuk mangsa akan disediakan oleh pihak yang berkaitan.
Terdapat pasukan perubatan/kit keselamatan untuk merawat mangsa yang memerlukan bantuan kesihatan.
Bantuan kewangan atau barangan keperluan seperti pakaian, selimut, dan ubat-ubatan akan disediakan.
Pihak kaunselor atau sokongan psikologi untuk mangsa yang mengalami trauma atau tekanan akibat bencana turut disediakan sekiranya diperlukan.
Setiap kampus mempunyai penempatan sementara dan sekiranya diperlukan, pelajar boleh menghubungi nombor seperti yang tertera di bawah:
Pihak sukarelawan akan membantu sekiranya diperlukan dan sebarang pengumuman akan dilakukan dari semasa ke semasa.
Simpan dokumen penting dan barang berharga dalam bekas kalis air, pastikan lokasi pusat pemindahan yang terdekat, dan sediakan peralatan kecemasan termasuk air bersih, powerbank, dan ubat-ubatan asas. Patuh arahan dari pihak berkuasa untuk berpindah jika diperlukan.
Setiap kampus UMK mempunyai Pegawai Perubatan yang boleh dihubungi:
Balut luka dengan kain bersih untuk elak jangkitan. Pesakit dengan penyakit kronik perlu patuhi arahan pasukan perubatan. Dapatkan rawatan segera jika mengalami demam, cirit-birit, atau muntah.
Minum air yang dimasak atau air botol, makan hanya makanan yang telah dimasak, dan elakkan makan makanan mentah. Pastikan makanan ditutup bagi mengelakkan pencemaran dari serangga atau tikus. Buang makanan yang telah terendam air banjir atau rosak.
Sentiasa basuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas. Pastikan kebersihan diri dan kawasan sekeliling untuk mencegah penyebaran penyakit (Poster Banjir).
Semasa pembersihan, pakai alat perlindungan seperti kasut getah dan sarung tangan. Bersihkan diri dengan sempurna selepas pembersihan. Bersihkan semua peralatan yang dicemari air banjir dengan air bersih dan pencuci, serta lupuskan makanan dalam peti sejuk untuk mengelakkan keracunan.
Luangkan masa untuk menyesuaikan diri, berkongsi perasaan dengan orang yang dipercayai, dan dapatkan sokongan dari kumpulan pakar yang terlatih. Meneruskan rutin harian yang sihat juga boleh membantu.
Ya, anda boleh mendapatkan bantuan psikologi dari pasukan sokongan di Pusat Pembangunan Kerjaya, Kaunseling Dan Alumni dan Pusat Kesihatan Universiti. Hubungi Pegawai Perubatan dan Pegawai Psikologi di kampus anda untuk maklumat lanjut.
Pastikan kebersihan diri, elakkan kontak dengan air banjir, dan dapatkan rawatan perubatan jika mengalami simptom seperti demam atau cirit-birit. Ini adalah penting untuk mengurangkan risiko penyakit seperti leptospirosis dan penyakit kulit.