Latar Belakang

Mengenai Kami

Malaysia walaupun kedudukan geografinya terletak di luar dari lingkaran api pasifik tetapi secara umumnya negara ini tidak terlepas dari impak bencana yang melanda negara-negara serantau. Bencana berlaku pada tahap dan magnitud yang berbeza yang mengakibatkan gangguan kepada infrastruktur perubatan dan kesihatan awam. Kejadian bencana mewujudkan keadaan tidak terkawal (huru-hara) dan gangguan aktiviti normal masyarakat.

Bagi mengatasi masalah yang bakal wujud semasa berlakunya bencana. UMK telah mewujudkan satu jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Pengurusan Bencana Alam (JKPBA) Universiti Malaysia Kelantan yang bertanggungjawab mengawal selia, menyalurkan maklumat dan bertindak sebagai front liner untuk menyampaikan seberapa banyak maklumat berkaitan bencana yang melibatkan warga UMK sama ada pelajar mahupun staf. Usaha ini penting agar laporan yang dikeluarkan adalah konsisten dan tepat bagi memudahkan aktiviti atau tindakan menyelamat dan membantu mangsa dapat dilaksanakan dengan mudah.

Selain itu juga, pelaporan yang tepat mampu membantu universiti membuat persediaan dan makluman awal kepada semua warga UMK untuk bersiap siaga menghadapi bencana.

About Us

Visi


Misi


Objektif